Mukmin Generation Training & Consultancy (CA0204324) merupakan sebuah syarikat perunding motivasi dan perkhidmatan latihan yang di daftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (No Siri CA 0204324-D).
Di MGTC, kami bermatlamat untuk menyediakan dan membantu mereka yang terdiri daripada golongan korporat, sektor awam atau swasta, ipt mahupun sektor pendidikan sekolah dalam membentuk serta menjadikan mereka menjadi insan yang berjaya dengan melalui penyediaan kursus-kursus dan perkhidmatan latihan yang kami sediakan. Di samping itu, mampu membina keyakinan dan sentiasa berfikiran terbuka.
Selain itu, dengan usaha menjadikan mereka generasi mukmin yang berjaya, MGT akan membantu para peserta menjadi insan yang lebih berkualiti dan menjadi insan yang sejati di dunia dan akhirat amat bersesuaian dengan moto kami “ Ke Arah Melahirkan Mukmin Sejati”
MGTC juga telah berusaha memantapkan lagi matlamat utama syarikat ini iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang serba berkemahiran (multipurpose skill), berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab ke arah membina jatidiri yang unggul bagi mencapai kebahagiaan & kesenangan di dunia mahupun di akhirat kelak.
Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam era modenisasi ini dalam kalangan masyarakat Malaysia umumnya, sesuai untuk semua golongan . Penerapan yang diguna pakai dan dititik beratkan oleh Mukmin Generation Trainer dalam kebanyakkan program yang dijalankan adalah dengan menanam kesedaran diri yang paling utama iaitu kembali kepada fitrah asal kejadian manusia.
No comments:
Post a Comment